GOOGLEBOT | APA KE BENDANYA NI? |
Budak baru macam ammboi ni banyak benda lagi tak tahu dalam dunia Blog +
Hosting ni. Ada macam-macam cerita – ragam – adegan yang kita boleh
belajar jika kita nekad mahu belajar. Macam yang disebutkan tadi, ammboi
juga masih belajar. Belajar bagaimana untuk berblog – belajar untuk
cuba jadi blogger yang kira ‘bolehla’. Sebab nak jadi yang perfect kita
kena berikan 300% komitmen pada blog ni. Oh, tak sanggup ammboi. Banyak
lagi kerja lain kat pejabat dan juga rumah.
Bab belajar ni, hari ni ammboi nak kongsikan cerita pasal GOOGLEBOT
ni. Apa kebendanya GoogleBot tu. Jika korang dah tahu ok la. Macam mana
dengan ammboi dan lelain yang masih belum tahu. Ok, sama-sama kita
belajar yer. Ceritanya macam ni, Googlebot adalah perisian
carian bot yang digunakan oleh Google, yang mengumpul dokumen-dokumen
daripada web untuk membina indeks untuk enjin carian Google.
What is Googlebot? | Googlebot is
Google’s web crawling bot (sometimes also called a “spider”). Crawling
is the process by which Googlebot discovers new and updated pages to be
added to the Google index.
Bagaimana GoogleBot ni berfungsi? | How Googlebot accesses your site?
| Bot ni berfungsi untuk crawl webpage anda bagi mengindex apa-apa yang
ada dalam tu untuk enjin cariannya. Jadi spider/crawler ni memainkan
peranan yang penting jugak kot untuk memastikan isi blog anda masuk
dalam carian google. Pada masa ini Googlebot hanya berikut link href dan
pautan SRC. Googlebot akan mengutip data dalam webpage anda dan
kemungkinan juga mendownload apa yang ditemuinya. Ia kemudian berikut
ini link ke laman web lain. Laman web baru mesti dikaitkan ke halaman
lain dalam web perintah yang merangkak dan diindeks atau manual
diserahkan oleh webmaster.
Keburukan GoogleBot | Masalah yang sering berlaku ialah terjadinya kehilangan bandwidth.
Setiap jadi googlebot datang dia akan index blog kita dan sudah
semestinya dia telah mendownload apa yang ada dalam blog kita. Download
tidak semestinya macam download lagu, tetapi juga bermaksud view blog
kita tu merangkap download page la tu. Keburukan pada yang pakai
SelfHosting adalah kemungkinan untuk kehabisan bandwidth akan berlaku
dan seterusnya terpaksa topup atau dibiarkan sahaja. Untuk yang pakai
free hosting (blogspot atau sebagainya) tu takde masalah.
Boleh Ke Nak Block GoogleBot? | Blocking Googlebot from content on your site
| Jika anda ingin menyekat laman blognya kepada Googlebot, atau lain
spider/crawler ni, mereka boleh berbuat demikian dengan arahan yang
sesuai dalam fail robots.txt, atau dengan menambah meta tag ke laman web anda. SUMBER RUJUKAN : http://www.google.com/support/webmasters/
Sumber: http://www.ammboi.com/2011/08/18/googlebot-apa-ke-bendanya-ni/#more-2414
No comments:
Post a Comment