06 July 2012

[UPDATED] Cara Setup D-Link DSL-2640B / DSL-2750E Untuk Streamyx

D-Link


Pada artikel kali ini,saya akan mengajarkan kepada anda cara untuk setup D-Link DSL-2640B DSL-2750E untuk talian Streamyx anda. Mungkin ada daripada anda tidak tahu cara untuk setup model ADSL D-Link ini untuk talian Streamyx anda.
* Untuk makluman,jenis modem D-Link yang digunakan dalam tutorial ini ialah jenis modem yang kebiasaan dibeli dari kedai komputer,bukan jenis modem yang pihak TM berikan.Anda harus menghubungi pihak TM untuk meminta ID & Password login modem D-Link yang diberikan oleh mereka.
Langkah 1 
Sambungkan modem D-Link tersebut dengan komputer anda menggunakan kabel LAN dan biarkan dalam keadaan “ON”.

Langkah 2
Buka pelayar web anda(contoh Firefox,Internet Explorer),kemudian taip http://192.168.1.1 .

Langkah 3
Kemudian,anda akan dibawa ke halaman baru.Sila masukkan username dan password anda.Username dan password default ialah :
Username : admin
Password : admin
Kemudian klik “Login“.



Langkah 4
Anda akan dibawa ke halaman yang baru kemudian,klik butang “Setup Wizard”.





Langkah 5
Klik “Next“.





Langkah 6
Klik “Next“.

Kemudian,ubah katalaluan login webadmin untuk model D-Link anda untuk tujuan keselamatan. Selepas itu,klik butang Next.






Langkah 7
Selepas itu,anda akan diminta untuk  melakukan tetapan pada Masa dan Tarikh modem anda.Kemudian klik butang Next.




Langkah 8
Bahagian ini merupakan bahagian paling PENTING. Anda boleh ikut tetapan seperti berikut :
Country : Pilih Malaysia, jika Malaysia tiada dalam pilihan,pilih “Others“.
Internet Service Provider : Others
Protocol : PPPoE
Connection Type : LLC
VPI : 0
VCI : 35
Username : nama_akaun@streamyx (Anda boleh mendapatkan username ini dari pihak TM)
Password : (Anda boleh mendapatkan katalaluan ini dari pihak TM)
Kemudian,klik butang “Next“.




Langkah 9



Kemudian anda perlu ubah beberapa tetapan.Masukkan nama wifi yang anda inginkan pada bahagian Wireless Network Name(SSID).
Selepas itu,untuk tujuan keselamatan,pilih security mode WPA-PSK dan masukkan katalaluan untuk wifi anda.Anda juga boleh menggunakan WPA Key Generator untuk mencipta katalaluan wifi anda.Rujuk http://www.yellowpipe.com/yis/tools/WPA_key/generator.php .
Kemudian,klik butang Next.


Langkah 10
Setelah selesai,klik pada butang “Restart“.Selesai
































::sumber::

19 comments:

  1. Thanks for helpful tutorial :)

    ReplyDelete
  2. nak tanye..saya skrg guna wifi, tp boleh kah saya nak guna wired lan, tp wifi maseh enable utk orang serumah...maksudnya, laptop saya sahaja yg gune wired...lain2 pakai wireless...camne nak setting ea? noob ni~huhu..thankz~

    ReplyDelete
    Replies
    1. x perlu seting apa2. just plug & play je kabel LAN tu kat modem dan kat laptop...

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Hi sir,
      I have D-Link DSL-2750U Router (ADSL+).
      Is it possible to use it for TM Unifi. Because while i setup there is no Option for Unifi(Select ISP) and Unifi ID Logon.

      My Router Firmware rev:TH_1.03.

      In the Unifi Setup had 2 Setup box(RG4332 and hauwai) which one have to replace with D-link Router(DSL-2750U)

      Can you help me to advice on Setup too.

      Delete
  3. saya ada masalah nk setup internet sebab page utk modem baru ni lain sikit,modem ni dri tm jgk...

    ReplyDelete
  4. Hi boss boleh bantu utk hack wifi user medem dsl-2750e

    ReplyDelete
  5. Hi boss boleh bantu utk block wifi hacker modem dsl-2750e

    ReplyDelete
  6. Hi Bro tumpang tanya saya dah cuba setting modem dsl 2750e mengikut sebagaimana arahan tetapi apabila apply akan keluar wap conneted reapeted

    ReplyDelete
  7. Sy dah buat.tp limited connection.nape ye 😑

    ReplyDelete
  8. Sy dah buat.tp limited connection.nape ye 😑

    ReplyDelete
  9. FOR UNIFI BOLEH setting jangan gune wizard setup sbb kena custom..
    tapi yg pertama kena buat setting wifi dulu masuk ke setup - wireless passtu setting...

    1. pergi ke (setup) tap pilih (internet setup)
    2. kat dlm (internet setup) ade pilihan WAN Access Type pilih (Ethernet)
    3. kat bawah ade 3 button ADD , EDIT , DELETE... Pilih ADD
    4.nanti keluar menu dlm tu ade 4 setting kena setting
    4-1.connection type
    A.protocol pilih = PPPOE
    b.802.1Q VlAN ID = 500 (i follow my old router RGX4400)
    C.ipv4 must mark
    D.ipv6 this one depend some system use... better mark..

    4-2.ppp Username and password
    A.ppp user name :your user tm isp
    (ask tm call 100 if u did't know your isp)
    B. ppp pass work : your pass tm isp
    (ask tm call 100 if u did't know your isp)
    C. authentcation method : auto
    D. dial-up mode Alwys ON
    E. MRU SIZE : 14520
    F. MTU SIZE : 1432
    G. keep Alive :mark
    H. lcp echo interval sec :30
    I. lcp echo failure :5
    J. use static ip address : unmark

    4-3.Ipv6setting
    prefix delegation : mark
    iana : mark

    4-4.network address translantion setting
    enable nat : mark
    nat type : full cone nat
    enable wan service : mark

    ReplyDelete
  10. salam, tumpang tanya... saya baru beli modem DSL2750E ni 2 bulan lepas,,, & apabila saya dh selesai setup modem tu,,, saya dberitahui oleh pihak TM melalui google new tab bahawa streamyx id & password yg saya masukkan salah,,, padahal saya telah memasukkan streamyx id & password dgn tepat,, & saya call 100 pun pihak TM cakap kena refer balik kt tempat saya beli modem tersebut... pihak operator tm (100) sendiri pun xdapat nk membantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tuan dah ikut semua prosedur di atas dan msh lg tak boleh nak akses internet, tuan bawa semula modem tersebut ke tempat tuan beli spt saranan TM tu. Maybe modem tu rosak dan blh diganti baru. Dan minta dia settingkan sekali. Kdg² kedai mintak cas tp kalau pandai ayat blh dpt free 😅👍

      Delete
  11. Thank you for sharing this informative blog about D-link I’m really happy to found this, I always need this type of blog to get updated information for D-link Router. For any technical issue resolution visit the website D-link Router Contact Number UK or Call 0800-090-3220.

    ReplyDelete