06 July 2012

[UPDATED] Cara Setup D-Link DSL-2640B / DSL-2750E Untuk Streamyx

D-Link


Pada artikel kali ini,saya akan mengajarkan kepada anda cara untuk setup D-Link DSL-2640B DSL-2750E untuk talian Streamyx anda. Mungkin ada daripada anda tidak tahu cara untuk setup model ADSL D-Link ini untuk talian Streamyx anda.
* Untuk makluman,jenis modem D-Link yang digunakan dalam tutorial ini ialah jenis modem yang kebiasaan dibeli dari kedai komputer,bukan jenis modem yang pihak TM berikan.Anda harus menghubungi pihak TM untuk meminta ID & Password login modem D-Link yang diberikan oleh mereka.
Langkah 1 
Sambungkan modem D-Link tersebut dengan komputer anda menggunakan kabel LAN dan biarkan dalam keadaan “ON”.

Langkah 2
Buka pelayar web anda(contoh Firefox,Internet Explorer),kemudian taip http://192.168.1.1 .

Langkah 3
Kemudian,anda akan dibawa ke halaman baru.Sila masukkan username dan password anda.Username dan password default ialah :
Username : admin
Password : admin
Kemudian klik “Login“.



Langkah 4
Anda akan dibawa ke halaman yang baru kemudian,klik butang “Setup Wizard”.





Langkah 5
Klik “Next“.





Langkah 6
Klik “Next“.

Kemudian,ubah katalaluan login webadmin untuk model D-Link anda untuk tujuan keselamatan. Selepas itu,klik butang Next.






Langkah 7
Selepas itu,anda akan diminta untuk  melakukan tetapan pada Masa dan Tarikh modem anda.Kemudian klik butang Next.




Langkah 8
Bahagian ini merupakan bahagian paling PENTING. Anda boleh ikut tetapan seperti berikut :
Country : Pilih Malaysia, jika Malaysia tiada dalam pilihan,pilih “Others“.
Internet Service Provider : Others
Protocol : PPPoE
Connection Type : LLC
VPI : 0
VCI : 35
Username : nama_akaun@streamyx (Anda boleh mendapatkan username ini dari pihak TM)
Password : (Anda boleh mendapatkan katalaluan ini dari pihak TM)
Kemudian,klik butang “Next“.




Langkah 9



Kemudian anda perlu ubah beberapa tetapan.Masukkan nama wifi yang anda inginkan pada bahagian Wireless Network Name(SSID).
Selepas itu,untuk tujuan keselamatan,pilih security mode WPA-PSK dan masukkan katalaluan untuk wifi anda.Anda juga boleh menggunakan WPA Key Generator untuk mencipta katalaluan wifi anda.Rujuk http://www.yellowpipe.com/yis/tools/WPA_key/generator.php .
Kemudian,klik butang Next.


Langkah 10
Setelah selesai,klik pada butang “Restart“.Selesai
































::sumber::