06 July 2012

Cara Setup D-Link DSL-2640B Untuk Streamyx

D-Link


Pada artikel kali ini,saya akan mengajarkan kepada anda cara untuk setup D-Link DSL-2640B untuk talian Streamyx anda.Mungkin ada daripada anda tidak tahu cara untuk setup model ADSL D-Link ini untuk talian Streamyx anda.
* Untuk makluman,jenis modem D-Link yang digunakan dalam tutorial ini ialah jenis modem yang kebiasaan dibeli dari kedai komputer,bukan jenis modem yang pihak TM berikan.Anda harus menghubungi pihak TM untuk meminta ID & Password login modem D-Link yang diberikan oleh mereka.
Langkah 1 
Sambungkan modem D-Link tersebut dengan komputer anda dan biarkan dalam keadaan “ON”.

Langkah 2
Buka pelayar web anda(contoh Firefox,Internet Explorer),kemudian taip http://192.168.1.1 .

Langkah 3
Kemudian,anda akan dibawa ke halaman baru.Sila masukkan username dan password anda.Username & password default ialah :
Username : admin
Password : admin
Kemudian klik “Login“.


Langkah 4
Anda akan dibawa ke halaman yang baru kemudian,klik butang “Setup Wizard”.




Langkah 5
Klik “Next“.



Langkah 6
Kemudian,ubah katalaluan login webadmin untuk model D-Link anda untuk tujuan keselamatan.Selepas itu,klik butang Next.



Langkah 7
Selepas itu,anda akan diminta untuk  melakukan tetapan pada Masa dan Tarikh modem anda.Kemudian klik butang Next.



Langkah 8
Bahagian ini merupakan bahagian paling penting.Anda boleh ikut tetapan seperti berikut :
Country : Disebabkan negara Malaysia tiada dalam pilihan,pilih “Others“.
Internet Service Provider : Others
Protocol : PPPoE
Connection Type : LLC
VPI : 0
VCI : 35
Username : nama_client@streamyx (Anda boleh mendapatkan username ini dari pihak TM)
Password : (Anda boleh mendapatkan katalaluan ini dari pihak TM)
Kemudian,klik butang “Next“.


Langkah 9



Kemudian anda perlu ubah beberapa tetapan.Masukkan nama wifi yang anda inginkan pada bahagian Wireless Network Name(SSID).
Selepas itu,untuk tujuan keselamatan,pilih security mode WPA-PSK dan masukkan katalaluan untuk wifi anda.Anda juga boleh menggunakan WPA Key Generator untuk mencipta katalaluan wifi anda.Rujuk http://www.yellowpipe.com/yis/tools/WPA_key/generator.php .
Kemudian,klik butang Next.

Langkah 10
Setelah selesai,klik pada butang “Restart“.Selesai :)
































::sumber::

4 comments:

  1. Thanks for helpful tutorial :)

    ReplyDelete
  2. nak tanye..saya skrg guna wifi, tp boleh kah saya nak guna wired lan, tp wifi maseh enable utk orang serumah...maksudnya, laptop saya sahaja yg gune wired...lain2 pakai wireless...camne nak setting ea? noob ni~huhu..thankz~

    ReplyDelete
    Replies
    1. x perlu seting apa2. just plug & play je kabel LAN tu kat modem dan kat laptop...

      Delete