23 October 2024

Khasiat Buah Naga (Dragon Fruit)

 


Buah naga, atau dikenali sebagai dragon fruit, mempunyai pelbagai khasiat kesihatan yang penting. Berikut adalah beberapa manfaatnya:

### 1. Kaya dengan Antioksidan
   - Buah naga mengandungi antioksidan seperti betalains, hydroxycinnamates, dan flavonoid yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung.

### 2. Sumber Serat
   - Kandungan serat yang tinggi dalam buah naga membantu dalam penghadaman yang baik, mengurangkan masalah sembelit, dan meningkatkan kesihatan usus. Pengambilan serat yang mencukupi juga penting untuk mengawal paras gula dalam darah.

### 3. Kaya dengan Vitamin C
   - Buah naga adalah sumber yang baik untuk vitamin C, yang penting untuk meningkatkan sistem imun, membantu dalam penyembuhan luka, dan menggalakkan kesihatan kulit.

### 4. Menyokong Kesihatan Jantung
   - Buah naga membantu menurunkan kadar kolesterol LDL (kolesterol buruk) dan meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik). Kandungan lemak tak tepu dalam bijinya juga menyokong kesihatan kardiovaskular.

### 5. Sumber Magnesium
   - Buah naga mengandungi magnesium yang penting untuk lebih 600 tindak balas biokimia dalam tubuh, termasuk fungsi otot, saraf, dan tulang. Ia juga membantu dalam mengekalkan tekanan darah yang sihat.

### 6. Mengandungi Prebiotik
   - Buah naga mempunyai prebiotik yang memberi makan kepada bakteria baik di dalam usus, meningkatkan keseimbangan mikroflora usus yang sihat dan menguatkan sistem penghadaman.

### 7. Rendah Kalori
   - Buah naga adalah pilihan makanan yang baik bagi mereka yang menjaga pengambilan kalori, kerana ia rendah kalori tetapi kaya dengan nutrien penting.

Dengan semua khasiat ini, buah naga adalah makanan yang baik untuk dimasukkan dalam diet seimbang demi kesihatan yang lebih baik.

Ubat - Ubatan Asas Ketika Aktiviti Hiking

Ubat 1

Paracetamol 500gm @ Panadol

Ni ubat paling basic yang perlu ada gunanya untuk turunkan suhu badan kalau demam.

Ubat 2
Diphenoxylate Atropine Sulphate @ LOMOTIL.


Ni ubat cirit birit. Paham sendiri kot tanpa hurai panjang😂

Ubat 4
Hyoscine N-Butylbromide 10 mg @ BUSCOPAN


Sorry, terpaksa lompat ke nombor 4. Hehe, tersalah susun numbering ubat.

Ubat ni kawan baik dengan ubat nombor 2. Kalau yang tadi untuk cirit birit, yang ni utk legakan sakit perut.

Ubat 3
Mefenamic Acid 250 gm @ PONSTAN

Ni ubat tahan sakit.

Ubat ni penting kalau kita tiba2 injured dan sakit yang tak tertahan.

Ubat tahan sakit ni universal. Semua jenis benda yang namanya sakit tak tertahan, boleh ambil ubat ni.

Ubat 5
Magnesium Trisilicate


Ni ubat gastrik.

Ubat ni tak de lah penting sangat. Tapi kadang2 kita ni masuk hutan selalu je lapar kebulur. Bila dah lapar sangat, mula la perut masuk angin.

Ubat 6
Oral Rehydration Salt@ ORS


Okeh. Ubat ni agak multifunction dan antara ubat terpenting perlu bawak setiap kali hiking.

MUSCLE CRAMP

Selalu kan kita tiba- tiba kejang kaki dalam hutan. Penyebab utama kekejangan sebab kita dah kekurangan garam dalam badan, sebab kita banyak sangat berpeluh.

Jadi cepat2 bancuh 1 peket ORS ni dalam air masak@ ape2 je lah air yang ade mase tu. Bancuh dalam suku botol air mineral 500ml tu pon dah ok. Minum. Rase die haruslah masin.

PEWAI

Penat yang terlampau pon disebabkan kekurangan garam dan gula dalam darah.

CIRIT BIRIT & MUNTAH

Again, cirit birit ni mmg buruk kesannya. Bila dah 3, 4 kali tercirit, mau kering air dalam badan. Muntah pon samelah. Bila cecair dalam badan keluar, automatik, level garam pon menurun. So, nak ganti balik garam tu, telan lah jugak 1 peket.

Ubat 7
Methylsalicylate Ointment @ OMS @ Minyak panas @ Minyak Urut


Haaa, ubat ni paaaaaaling penting. Sangat2 diperlukan bila hiking utk elakkan sakit2 badan. Cramp dan terseliuh.

Untuk kesan yang lebih effektif, sebelum hiking, sapu siap dekat betis, peha dan belakang bahu. Sapu biar rase panas- panas berangin.

Kalau tiba2 kejang, selain minum ORS, kena cepat2 sapu minyak ni, dan urut2 sikit muscle tu bagi relax. Kalau lambat, cramp tu boleh bertambah teruk.

Share & Subscribe
https://t.me/kembarahikers

15 October 2024

Tukar Minyak Hitam LC

Minyak Hitam Shell Advance 15W-50 RM32

Filter RM12

Kedai Sebelah Nasi Ayam Baba

01 October 2024

Kalender Akademik Persekolahan Sesi 2025/2026

 

Muat turun format pdf di sini

Muat turun fail pdf di sini.






Kalender 2025

 

  • 1 Januari – Tahun Baru (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
  • 14 Januari – Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Negeri Sembilan sahaja)
  • 27 Januari – Israk dan Mikraj (Kedah, N. Sembilan, Perlis & Terengganu)
  • 29 Januari – Tahun Baru Cina (Semua Negeri)
  • 30 Januari – Tahun Baru Cina Hari Kedua (Semua Negeri)

17 Januari – 16 Februari – Cuti Sekolah


  • 1 Februari – Hari Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya)
  • 11 Februari – Hari Thaipusam (Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor)

  • 2 Mac – Awal Ramadan (Johor, Kedah & Melaka)
  • 4 Mac – Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)
  • 18 Mac – Hari Nuzul Al-Quran (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak)
  • 31 Mac – Hari Raya Aidilfitri (Semua Negeri)

  • 1 April – Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua (Semua Negeri)
  • 18 April – Good Friday (Sabah & Sarawak sahaja)
  • 26 April – Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)

  • 1 Mei – Hari Pekerja (Semua Negeri)
  • 12 Mei – Hari Wesak (Semua Negeri)
  • 17 Mei – Hari Keputeraan Raja Perlis (Perlis sahaja)
  • 22 Mei – Hari Hol Pahang (Pahang sahaja)
  • 30 Mei – Pesta Kaamatan (Labuan & Sabah sahaja)
  • 31 Mei – Pesta Kaamatan Hari Kedua (Labuan & Sabah sahaja)

  • 1 Jun – Hari Gawai (Sarawak)
  • 2 Jun – Hari Gawai Hari Kedua (Sarawak)
  • 2 Jun – Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong (Semua Negeri)
  • 6 Jun – Hari Arafah (Terengganu)
  • 7 Jun – Hari Raya Haji (Semua Negeri)
  • 15 Jun – Hari Keputeraan Sultan Kedah (Kedah sahaja)
  • 27 Jun – Awal Muharram (Semua Negeri)

  • 7 Julai – Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown (Pulau Pinang)
  • 12 Julai – Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang)
  • 22 Julai – Hari Sarawak (Sarawak sahaja)
  • 30 Julai – Hari Keputeraan Sultan Pahang (Pahang sahaja)
  • 31 Julai – Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar

  • 24 Ogos – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka (Melaka sahaja)
  • 31 Ogos – Hari Kebangsaan (Semua Negeri)

  • 5 September – Maulidur Rasul
  • 16 September – Hari Malaysia (Semua Negeri)
  • 29 September – Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan sahaja)
  • 30 September – Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua (Kelantan sahaja)

  • 4 Oktober – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah (Sabah sahaja)
  • 11 Oktober – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Sarawak sahaja)
  • 20 Oktober – Hari Deepavali Semua Negeri kecuali (Sarawak sahaja)

  • 7 November – Hari Keputeraan Sultan Perak (Perak sahaja)

  • 11 Disember – Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor sahaja)
  • 24 Disember – Cuti Hari Krismas (Sabah sahaja)
  • 25 Disember – Hari Krismas (Semua Negeri)