The present is all we have, transient though it is. We’ve had the past, we may not have the future. Let’s treat every second as if it’s our last and try to enjoy it without worrying about what’s gone or fretting about what may be to come. Let’s face it - NOW is all we are guaranteed on this earth!
19 May 2014
Apa itu Radio Amatur?
Pengenalan
Radio amatur merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu.
Seperti yang diketahui umum bahawa komunikasi menggunakan radio amatur hanyalah sekadar bercakap sahaja, tetapi apa yang berlaku kini dengan perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas, sistem perhubungan yang dahulunya menggunakan sistem anolog kini telah bertukar kepada sistem digital yang membenarkan kita bukan hanya dapat bercakap sahaja malahan dapat melihat seperti sebuah televisyen yang boleh dipancarkan hampir ke sebahagian besar dunia. Kebanyakan daripada pengguna radio amatur memancarkan signal mereka melalui satelit yang berada pada orbit di dunia ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat bagi memancarkan isyarat yang dipancarkan oleh set mereka.
Terdapat juga sebahagian daripada mereka berkomunikasi menggunakan "kod Morse". Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai syarat penggilannya (call sign) sendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui gelombang udara. Sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang adalah sama sekali tiada di dalam dunia radio amatur, namun masih terdapat sebahagian kecil lagi negara di dalam dunia ini masih tidak membenarkan penggunaannya di negara sebagai sebahagian dari aktiviti pada masa terluang.
Keseronokan menggunakan perhubungan radio amatur oleh pengendali-pengendalinya ke negara lain menyebabkan sesetengah darinya menghasilkan ikatan persahabatan yang berlarutan yang pada mulanya perjalanan yang jauh menggunakan kapal terbang untuk menemui mereka. Mereka yang dihubungi melalui radio sahaja bagi mengeratkan lagi persahabatan yang sedia ada sebelumnya.
Tujuan
Radio amatur adalah untuk semua orang tanpa mengira jantina, umur, pangkat, agama, bangsa atau keupayaan. Sebagai seorang pengendali radio amatur, mereka akan dapat sesuatu yang menyeronokan dengan suatu sentuhan yang agung bagi kepuasan diri mereka. Di Malaysia juga sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dan berhubung ke seluruh dunia. Radio amatur akan menyediakan suatu pengalaman yang amat baik untuk menjerumuskan diri kita ke dalam bidang elektronik yang semakin disertai ramai.
Dari sini dapatlah diperhatikan bahawa radio amatur boleh disertai oleh sesiapa sahaja dari golongan bawahan hingga ke peringkat atasan seperti Raja Hussein dari Jordan, Raja Juan Carlos dari Sepanyol, Senator Barry Goldwater dan ramai lagi yang menjadi sebahagian dari masyarakat radio amatur.
oh ya..sebagai basic..kita kena hafal semua ni dulu...baru kita tahu camner nk ber QSO (berkomunikasi)
A - ALFA
B - BRAVO
C - CHARLIE
D - DELTA
E - ECHO
F - FOXSTROT
G - GOLF
H - HOTEL
I - INDIA
J - JULIET
K - KILO
L - LIMA
M - MIKE
N - NOVEMBER
O - OSCAR
P - PAPA
Q - QUEBEC
R - ROMEO
S - SIERRA
T - TANGO
U - UNIFORM
V - VICTOR
W - WHISKEY
X - X-RAY
Y - YANKEE
Z - ZULU
kita tak boleh sebarangan sahaja menyebut fonetik kod ni...cth..A sebagai ayam...B sebagai bola...sbb fonetik kod ni digunakan diseluruh dunia...seragam
selepas tu..baru la kita amik tahu pulak ttg 'Q' code....
ni adalah yg biasa digunapakai oleh station radio amatur....
QRA - BERTANYA NAMA STESEN
QRK - INGIN MENGETAHUI TAHAP PANCARAN
QRL - MELAPORKAN FRENQUENCY SIBUK
QRM - MELAPORKAN ADA GANGGUAN FRENQUENCY
QRO - MEMINTA DITINGKATKAN KUASA PANCARAN
QRP - MEMINTA DIRENDAHKAN KUASA PANCARAN
QRT - INGIN KELUAR DARI FRENQUENCY
QRU - MEMAKLUMKAN TIADA SEBARANG MESEJ YANG INGIN DISAMPAIKAN
QRV - MENANYA APAKAH SUDAH BERSEDIA
QRX - MEMAKLUMKAN INGIN KELUAR FRENQUENCY SEKETIKA
QRZ - INGIN MENGETAHUI SIAPA YANG MEMANGGIL
QSA - INGIN MENGETAHUI KEKUATAN ISYARAT
QRK - INGIN MENGETAHUI KEKUATAN AUDIO
QSB - MELAPORKAN SIGNAL SEDANG MENURUN
QSD - MELAPORKAN PEMANCARAN TIDAK DAPAT DI FAHAMI
QSL - MELAPORKAN BOLEH DIFAHAMI
QSN - MELAPORKAN BOLEH DIDENGARI
QSO - SEDANG BERKOMUNIKASI
QSP - MEMAKLUMKAN AGAR DISAMPAIKAN MESEJ KEPADA RAKAN BERKAITAN
QST - INGIN MEMBUAT PENGUMUMAN DALAM FRENQUENCY
QSY - INGIN BERPINDAH KE FRENQUENCY LAIN
QTH - INGIN MENGETAHUI LOKASI
QTR - INGIN MENGETAHUI WAKTU
ni dah kira expert dah nih...kalau mahir leh upgrade dari 9W2 kepada 9M2...
::sumber::
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment