14 April 2014

V40 = Calling Channel



Sejak akhir-akhir ini ramai yang mengadu seperti "semalam saya jumpa 1 kereta, ada callsign dan antena, bila hon dia pandang tapi bila panggil di V40 takde orang jawab".

Situasi begini sering kali kita hadapi. Mungkin ada beberapa sebab perkara begini berlaku. Suka kami ingatkan disini. Hobi ini kita hanya mendengar suara sahaja, kita tidak ketahui apa yang berlaku sebenarnya pada rakan kita. Jadi elok lah kalau kita bersangka baik selalu.

Dalam situasi diatas beberapa kemungkinan berlaku. Diantaranya:-

1) Yang memandu kenderaan tersebut bukan tuan empunya callsign.
2) Kenderaan tersebut tiada radio amatur di dalamnya.
3) Rakan tersebut sedang QSO di frekuensi lain.
4) Radio ada tapi frekuensi tiada.
5) Radio ada, callsign ada tapi tidak tahu apa fungsi V40 atau calling channel.

Ada dikalangan rakan amatur yang melekatkan frekuensi simplex yang selalu mereka gunakan di kenderaan masing-masing. Contohnya V47 (145.5875), tujuannya adalah mudah apabila ada rakan lain selisih atau pun mengekori dari belakang. Mereka boleh memanggil di frekuensi yang dipamerkan.

Tetapi jika sesebuah kenderaan itu tidak melekatkan apa-apa frekuensi di kenderaannya dan anda mahu berhubung dengan kenderaan tersebut. Bagaimana pula caranya??? Disini la pentingnya V40 (calling channel).

V40@calling channel ini digunakan untuk memanggil rakan. Contohnya apabila kita berselisih dengan mana-mana rakan amatur, gunakanlah V40 untuk memanggil rakan tersebut kemudian QSY ke frekuensi lain. Sepatutnya setiap radio operator sudah mengetahui kegunaan V40 ini.

Namun masih ada radio operator yang masih kabur dengan fungsinya. Ini kerana mungkin 1 pihak sahaja yang memanggil-manggil di V40 dan 1 pihak lagi masih buat tidak tahu walaupun rakan tadi telah bunyikan hon atau pun mengangkat tangan menunjukan tanda "V".

Jadi apa yang penting disini apabila berselisih di tengah jalan kedua-dua rakan hendaklah pergi ke V40 kemudian setelah mendapat response QSY lah ke mana-mana frekuensi simplex yang dirasakan sesuai.


::sumber::

1 comment:

  1. We are Digital Repeater Manufacturers & suppliers, Specialized in Digital Repeater coverage solution.
    More-effective to improve signal coverage and quality help operators get fast return under easy installation and maintenance.
    If interesting Digital Repeater, pls click here Digital Repeater.

    ReplyDelete